Dari Rugi & Dikhianati ke Pakar Personal Branding
Perjalanan Sebenar Saya
Ibnu Basri Berkongsi
Seperti Payung Bocor di Tengah Hujan Lebat – Tak Berguna Bila Diperlukan
Bayangkan anda keluar rumah, cuaca nampak cerah. Tapi tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya. Anda pun cepat-cepat buka payung. Malangnya, payung itu bocor sana-sini, langsung tak melindungi anda dari basah kuyup!
Itulah yang saya rasa dulu… saya fikir bisnes saya kuat, saya fikir saya ada perlindungan, tapi akhirnya saya tetap tenggelam.
Saya pernah rugi besar. Duit modal habis. Usaha bertahun-tahun musnah. Lebih menyakitkan, saya dikhianati oleh orang yang saya percaya. Saya rasa buntu, hilang arah, dan hampir berputus asa.
Saya terfikir, "Adakah ini pengakhiran untuk aku?"
Tukar Payung Bocor kepada Payung Kukuh – Belajar Personal Branding
Saya sedar, kalau nak bertahan dalam ‘hujan lebat’ dunia bisnes, saya perlukan perlindungan yang betul. Saya mula mencari mentor, menghadiri kelas, membaca buku, dan mempelajari strategi personal branding & digital marketing.
Saya faham satu perkara penting:
🚀 Orang tidak membeli produk semata-mata, mereka membeli kepercayaan!
Saya mula membina jenama peribadi saya sendiri. Saya kongsikan ilmu, pengalaman, dan strategi yang saya pelajari.
Dari Payung Bocor ke Payung Ribut – Bertahan dalam Apa Jua Keadaan
Hari ini, saya bukan sahaja berjaya bangkit dari kegagalan, malah saya kini membantu usahawan lain membina personal branding mereka supaya lebih dikenali dan dipercayai pelanggan.
Jika payung anda sekarang bocor dan tak boleh digunakan bila perlu, anda masih ada masa untuk tukar kepada payung yang lebih kukuh!
👉 Nak saya bantu bina personal branding anda?